2010年5月15日星期六

SMK COCHRANE

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Cochrane telah ditubuhkan pada tahun 1957.

  • Sekolah ini ditubuhkan untuk memberi pendidikan menengah kepada murid-murid yang tinggal berhampiran dengan Jalan Cochrane.

  • Sekolah ini dirasmikan pada 1 September 1965 oleh Datuk Harun bin Idris, Menteri Besar Selangor pada masa itu.

  • Semenjak penubuhannya, SMK Jalan Cochrane telah menerima pelajar tingkatan 6 mulai tahun 1965.

  • Namun demikian, status sekolah ini berubah daripada sekolah lelaki kepada sekolah ko-ed pada tahun 1994 apabila pelajar perempuan tingkatan 1 mula diterima ke SMK Jalan Cochrane.

  • Semasa penubuhannya, SMK Jalan Cochrane hanya mempunyai 5 buah bilik darjah dan sebuah kantin sahaja.

  • Pada tahun 60-an, 3 buah bangunan 3 tingkat telah dididrikan sebagai bilik darjah tambahan.

  • Dalam tempoh 1970-1990 pula, sebuah dewan besar, empat buah makmal sains, sebuah bilik seni lukis, dan dua lagi bangunan telah dibina untuk menempatkan para pelajar sekolah ini yang semakin bertambah.

  • Pada 20 Ogos 2004, SMK Jalan Cochrane telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Jalan Shahbandar dan nama SMK Jalan Cochrane sudah diubah kepada SMK Cochrane.

  • Bangunan yang mempunyai 7 tingkat tersebut juga dilengkapi dengan 3 buah lif untuk kemudahan para guru.
  • Bangunan baru tersebut merupakan bangunan sekolah yang tercanggih di Malaysia dan mempunyai prasarana yang lengkap.

Logo SMK Cochrane

  • Logo ini merupakan lambang sekolah yang dipakai oleh semua pelajar SMK Cochrane.
  • Lambang kebanggaan ini merupakan ilham Pengetua SMK Cochrane yang ke-2 iaitu En.Jangir Singh.
  • Setiap objek dalam logo mempunyai maksudnya tersendiri yang mewakili semangat COCHRANEANS.
  1. HARIMAU -keberanian & kekuatan
  2. PERALATAN SUKAN -semangat kesukanan
  3. BUKU -kesungguhan pelajar untuk belajar
  4. PENGETAHUAN SULUH KEMAJUAN -merupakan moto sekolah yang menjadi pegangan setiap COCHRANEANS .

Falsafah Sekolah
Mewujudkan persekitaran sekolah yang sempurna dan kondusif demi kecemerlagan pendidikan berasaskan pembetukan dan amalan sahsiah dan budaya cemerlang.

Misi
Melaksanakan pendidikan yang berkualiti, terkini serta menerapkan nilai-nilai murni bagi mencapai kecemerlagan akademik, kokurikulum dah sahsiah pelajar yang terpuji.

Visi
Melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia dan berjasa untuk merealisasikan hasrat Wawasan Negara.

Lagu Sekolah

BM Versi

Sayangi jiran

Taburkanlah bakti

Dengan hati suci dan pemurah

Tanpa mengira kaya dan berkuasa

Janganlah ditindas pada yang lemah

Itu panduan kami Cochranean

"Satu untuk semua, semua untuk satu"

Berusaha mencari kemajuan

Dalam pelajaran, permainan

Moral juga janganlah dilupakan

Oh! Cochranean ikutlah panduan

Ke jalan kemajuan yang mulia

Untuk mencapainya mesti berusaha

Sambutlah seruan Alma Mater

Dengarlah, mari kita semua

BI Versi

Love your neighbours

Help serve society

Be fair, unselfish and charitable

Fear nor the rich nor the high and mighty

Trample not the helpless and the humble

Thus do we Cochraneans learn, do and say

Our watchword is one for all, all for one

Strive earnestly for the progress every day

In all our morals, studies, games and fun

Carry high the standard of loyalty

Come Cochraneans, follow the cosmic light

Heaven's bright beacon shows the way for ye

To honour and glory that noble sight

Cochraneans, hear ye Alma Mater's call

Yes, we hear!

Then must we come one and all